June 7, 2011

Dia Tunangan Orang!!!!

salah ke kalau da relationship yg panjang?!!
kalau betullah salah ape penyelesaiannye!!!
cik kumbang terkedu bile ada soklan begitu diajukan (nak marah tapi betoi juga ckp org 2!!)
adakah penyelesaiannye sebuah ikatan yg sah?!!
Maksud cik kumbang TUNANG pas tue NIKAH!!


kalo tu yg jadik isu cik kumbang nk komen sikit lah kepada yg beri soklan 2..
cik kumbang xnk ckp pnjg nanti korang bosan..
pada pndpt cik kumbang lah kan terpulang lah pada orang tersebut..memang betul tak elok da relationship yg pnjg tp kene pikir lah satu bnde kalau kite tak cukop duet?!! perlu ke kite menyusahkan keluarga untuk menanggung beban kite?! dan bersediakah sesorang tue untuk menjalankan tanggungjawab masing2?!! skrg sume nak kahwin tapi xpaham pe tu perkahwinan?!! (tepuk dada tnye la diri kite)


lagi satu adakah trend kahwin muda seperti zaman nenek moyang kite dulo da jadi trend masa skrg?!
tapi kalo kahwin tu pilihan terbaik adalah bagos, tak salah kalau kalau tu penyelesaian tapi cik kumbang nak berkongsi sikit pasal hukum2 kahwin dalam Islam.



Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.


Wajib
Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta’iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.

Sunat
Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).

Makruh
Hukum makruh terbahagi dua 
Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.
Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).

Haram
Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.

Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup? So marilah kite renung2kan...

p/s : Cik Kumbang memang nak kahwin tapi bialah kami bersedia dari wang, fizikal dan juga mental..sume orang inginkan kebahagian dunia dan akhirat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...